Sunday, 8 May 2016

SERAM !!! JENAZAH Pulang Ke RUMAH, Dan MERAYU Supaya DiBukakan TALI KAFAN !!! " Abang, tolonglah maryam..tolonglah bukakan tali kapan maryam....tolonglah"



diceritakan semula oleh rakan penulis kepada penulis untuk dijadikan iktibar. Yusuf (bukan nama sebenar) dan Maryam (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kampung yang aman damai. Pada suatu hari Maryam telah mengajak Yusuf menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan . Yusuf memang sangat memahami isterinya yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Maryam membeli barang dapur di pekan. Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah. Maryam sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya. Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Maryam di sentap oleh peragut bermotosikal , berlaku tarik menarik dan pada masa itu Maryam jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Yusuf yang pada masa itu mengerang kesakitan. Jenazah Maryam telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Yusuf. Pemergian Maryam sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan jenazah Maryam telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.
Sebelumnya lubang kubur khas untuk jenazah Maryam telah digali oleh Pak Kadir sementelah di mengetahui kematian Maryam seperti yang di amanahkan oleh Tok Imam Majid. Van membawa jenazah bergerak perlahan menghampiri kawasan perkuburan dan berhenti di satu sudut kawasan tersebut. Pintu bonet van dibuka , kelihatan adik beradik dan kaum keluarga arwah Maryam dan Yusuf mengusung jenazah ke lubang kubur. Kerja-kerja mengebumikan telah berjalan dengan sempurna jenazah dimasukkan dan dihadapkan ke kiblat. Tiba-tiba hujan turun denga lebatnya tanpa da petanda. Tanah ditimbus dengan segera supaya kubur arwah tidak di masuki air. Pak Kadir dan ahli keluarga jenazah bertungkus lumus menimbus liang lahat arwah Maryam. Sesudah di timbus Tok Imam Majid segera membaca talqin untuk jenazah dalam keadaan hujan lebat dan petir tanpa menghiraukan keadaan jubah putihnya yang basah kuyub. Akhirnya , selesai sudah urusan mengebumikan jenazah tersebut.
Malam esoknya kenduri tahlil di adakan di rumah Yusuf untuk arwah Maryam , Selesai sahaja kenduri tahlil dibuat...Yusuf yang keletihan sejak petang tadi melayan saudara mara yang melawatnya tertidur di katil. Malam itu Yusuf bermimpi didatangi oleh arwah Maryam yang meminta dia membuka tali kapannya yang terlupa dibuka sewaktu dikebumikan. " Abang, tolonglah maryam..tolonglah bukakan tali kapan maryam....tolonglah". Yusuf terjaga dari tidur dan berfikir sejenak, adakah dia belum membuka tali kain kapan Maryam? Persoalan itu bermain di fikiran Yusuf berulang kali pada malam itu dan menyebabkan Yusuf tidak lena tidur. Yusuf juga terlupa ketika itu...kerana pada masa itu dia hanya memerhatikan dan sedang kesakitan dan tidak dapat membantu menurunkan jenazah Maryam. Tugas itu diambil oleh adik arwah dan beberapa kaum keluarga yang lain. Mimpi itu tidak diceritakan oleh sesiapa, sehinggalah hari yang ketiga berturut-turut dia bermimpi yang serupa. Yusof menjadi tidak tenteram, lalu menceritakan pada Tok Imam Majid.
Tok Imam Majid menyarankan Yusof membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Setelah laporan telah dibuat oleh Yusof , Pihak Polis, Tok Imam Majid dan beberapa penduduk kampung yang dijemput Yusof datang untuk membantu Yusof menggali semula kubur Maryam. Walaupun berat hati , tetapi bagi Yusof , dia cuba menghuraikan apa yang telah terjadi di sebalik mimpinya. Setelah kubur digali, ternyata benar sangkaan Yusof...tali kain kapan Maryam masih belum dibuka, masing-masing yang berada disitu diam membisu dan tergamam dengan apa yang terjadi ke atas Maryam. Subhanallah !!! Kuasa Allah menentukan segala-galanya. Tali kain dibuka dan tanpa berlengah jenazah dikebumikan semula. Tok Imam membaca talqin semula untuk menghomati jenazah simati.
Petang itu, gempar cerita mengenai jenazah Maryam digali semula. Namun, bagi Yusof dia redha dengan ketentuanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Cerita ini sudah 13 tahun berlaku, tetapi ia sentiasa di ingatan penulis.Kuasa Allah mengatasi sgala-galanya.

SUMBER :  isukakipanas.blogspot.com/2015/05/kisah-seram-jenazah-balik-ke-rumah.html?m=1

No comments:

Post a Comment